|
SiliconNet Technologies Sdn. Bhd. (No. Syarikat 394813-H), sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan beralamat berdaftar di F11 & F12, Tingkat 1, Mall 2, CityOne Megamall, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia (dirujuk sebagai "SNT"), menghormati privasi individu dan memahami bahawa privasi merupakan perkara yang penting kepada pengguna. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi sebarang data peribadi yang dikumpulkan oleh PayBillsMalaysia
Dasar Data Peribadi dan Privasi ini telah dirangka selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"). Bagi tujuan Dasar Data Peribadi dan Privasi ini, "Data Peribadi" akan mempunyai maksud yang diberikan kepadanya di bawah Akta.
Dasar Data Peribadi dan Privasi ini memaklumkan anda mengenai dasar dan amalan SNT berkaitan perkara-perkara privasi data yang mungkin menjadi perhatian anda sebelum anda memberikan Data Peribadi anda kepada SNT melalui perkhidmatan Pembentangan dan Pembayaran Bil Electroniknya yang dikenali sebagai PayBillsMalaysia.
SNT boleh mengubah Dasar Data Peribadi dan Privasi ini dari semasa ke semasa dan kami akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel atau notis di laman web PayBillsMalaysia. Anda juga dinasihatkan untuk menyemak dasar ini secara berkala.
A. TUJUAN PENGUMPULAN DATA PERIBADI
- Dengan memberikan mana-mana Data Peribadi anda seperti nama, jantina, umur, tarikh lahir, kewarganegaraan, nombor kad pengenalan, maklumat perhubungan, pekerjaan, keutamaan, minat dan/atau maklumat lain yang berkaitan dengan tujuan yang disenaraikan di bawah kepada SNT melalui internet atau cara lain, anda dengan ini bersetuju bahawa SNT boleh mengumpul, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi tersebut bagi tujuan berikut:
- Untuk membuka akaun PayBillsMalaysia anda;
- Untuk mengaktifkan akaun PayBillsMalaysia anda;
- Untuk mempertimbangkan permohonan anda bagi sesuatu produk atau perkhidmatan;
- Untuk membantu urusan dengan organisasi lain (seperti syarikat kutipan bayaran), sama ada di dalam atau di luar Malaysia, berkaitan penyediaan sesuatu produk atau perkhidmatan;
- Untuk memproses permohonan anda di bawah mana-mana program SNT;
- Untuk mempromosikan perkhidmatan baharu dan ciri-ciri interaktif;
- Untuk melaksanakan prosedur pemadanan mengikut undang-undang;
- Untuk memaklumkan anda mengenai tawaran istimewa, perkhidmatan baharu, pemakluman terkini dan promosi;
- Untuk menjalankan analisis statistik terhadap tingkah laku dan ciri-ciri anda bagi mengukur minat dan penggunaan pelbagai perkhidmatan di laman web serta memberikan maklumat tersebut kepada peniaga dan syarikat pengebilan bersama maklumat mengenai bilangan pengguna yang telah melihat atau mengklik banner mereka;
- Untuk membuat pendedahan yang diperlukan bagi mana-mana tujuan di atas atau sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
- Anda juga bersetuju bahawa SNT boleh mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Malaysia atau di luar negara) Data Peribadi anda kepada ejen, kontraktor, rakan niaga, pihak pengiklan, pengendali rangkaian, syarikat berkaitan, institusi kewangan yang berkaitan, atau mana-mana pihak lain yang mempunyai kewajipan kerahsiaan terhadap SNT, mana-mana syarikat dalam kumpulan syarikatnya, mana-mana perujuk yang maklumatnya diberikan oleh anda, serta mana-mana penerima serah hak atau pemindah hak SNT yang sebenar atau dicadangkan, untuk menggunakan, mendedahkan, menyimpan, memproses, mengekalkan atau memindahkan Data Peribadi tersebut bagi tujuan yang dinyatakan dalam Perkara A1 di atas bagi pihak SNT.
Kami juga boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk menghantar maklumat promosi mengenai pihak ketiga yang kami fikir mungkin boleh menarik minat anda. Jika anda tidak mahu menerima maklumat tersebut atau tidak mahu kami mendedahkan, memindahkan atau menggunakan Data Peribadi anda bagi mana-mana tujuan yang diterangkan dalam Perkara A1, anda boleh menghubungi kami secara bertulis di alamat yang dinyatakan bawah.
- Sila ambil perhatian bahawa sekiranya Data Peribadi yang mencukupi tidak diberikan, atau data yang diberikan tidak memuaskan bagi SNT, permohonan atau permintaan anda kepada SNT bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Perkara A1 mungkin tidak dapat diterima.
- Sebarang Data Peribadi yang diberikan oleh anda akan disimpan oleh SNT selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Perkara A1 atau sebagaimana yang diperlukan untuk memenuhi keperluan perundangan, pengawalseliaan, perakaunan atau bagi melindungi kepentingan SNT.
B. KERAHSIAAN
- Dasar Data Peribadi dan Privasi ini tertakluk kepada mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
- Sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau maklumat selain daripada Data Peribadi yang dihantar atau dipaparkan ke laman web atau mana-mana bahagiannya oleh pelawat akan dianggap diberikan secara sukarela kepada SNT atas dasar tidak sulit dan bukan hak milik eksklusif. SNT berhak untuk menggunakan, menghasilkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan, menyiarkan dan/atau menyiarkan semula maklumat tersebut secara bebas, termasuk menyerahkannya kepada mana-mana syarikat berkaitan, contohnya berkaitan pembangunan, pembuatan dan pemasaran produk serta perkhidmatan dan bagi memenuhi keperluan pelanggan.
C. KESELAMATAN DATA PERIBADI
- Segala usaha yang munasabah dan langkah praktikal akan diambil untuk memastikan bahawa mana-mana Data Peribadi yang disimpan oleh SNT sentiasa dikemas kini dan dilindungi daripada kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, perubahan atau kemusnahan.
D. PAUTAN
- PayBillsMalaysia mungkin mengandungi pautan ke laman web dan halaman lain. Dengan mengaktifkan sesuatu pautan, contohnya dengan mengklik banner pengiklan, anda akan meninggalkan laman web kami. SNT tidak mempunyai kawalan ke atas sebarang Data Peribadi atau maklumat lain yang anda berikan kepada mana-mana pihak lain selepas anda meninggalkan laman web kami.
E. INTEGRASI PERISIAN PIHAK KETIGA
- Untuk tujuan penambahbaikan perkhidmatan, PayBillsMalaysia mungkin berintegrasi dengan perisian pihak ketiga yang akan mengumpul maklumat berkaitan peranti anda.
- Maklumat peranti termasuk: pengenal pasti peranti (IMEI, IDFA, Android ID, MAC dan pengecam unik binaan peranti), maklumat aplikasi (maklumat kerosakan aplikasi dan status suis pemberitahuan), dan parameter peranti dan maklumat sistem (jenis peranti, model peranti, sistem operasi dan maklumat perkakasan berkaitan seperti versi sistem peranti dan versi sistem telefon mudah alih).
F. HAK AKSES KEPADA DATA PERIBADI
- Di bawah Akta, anda mempunyai hak untuk mengakses Data Peribadi anda yang disimpan oleh SNT dan memohon pembetulan terhadap mana-mana Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini.
-
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Data Peribadi dan Privasi SNT, ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda, membetulkan Data Peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda kepada SNT untuk memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan dalam Perkara A1 atau untuk memindahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga yang dinyatakan dalam Perkara A2, anda boleh menghantar permohonan bertulis kepada:
SiliconNet Technologies Sdn. Bhd.,
F11 & F12, Tingkat 1,
Mall 2, CityOne Megamall, Jalan Song,
93350 Kuching,
Sarawak, Malaysia.
Perhatian: PDPA – PayBillsMalaysia
atau melaui e-mel:
E-mel: customerservice@spayglobal.my
Subjek: PDPA - PayBillsMalaysia
- Sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda menarik balik persetujuan kepada SNT untuk memproses Data Peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan dalam Perkara A1, SNT akan menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda setelah menerima permintaan penarikan balik tersebut dan permohonan atau permintaan anda yang telah diluluskan bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan dalam Perkara A1 mungkin akan dibatalkan.
G. BERAPA LAMA SNT MENYIMPAN DATA PERIBADI ANDA?
- SNT akan menyimpan Data Peribadi anda selama tempoh yang diperlukan untuk melaksanakan tujuan data tersebut dikumpulkan serta bagi tujuan lain yang dinyatakan dalam Dasar Data Peribadi dan Privasi ini.
- SNT berhak untuk mengakses, membaca, menyimpan dan mendedahkan sebarang maklumat yang secara munasabah dipercayai perlu untuk:-
- Mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, proses undang-undang atau permintaan kerajaan yang berkenaan;
- Menguatkuasakan Terma Perkhidmatan atau dasar dan perjanjian pengguna lain, termasuk menyiasat kemungkinan pelanggaran terhadapnya;
- Mengesan, mencegah atau menangani penipuan, isu keselamatan atau isu teknikal
|