PayBillsMalaysia
PaymentGalaxy
Terima e-Bil,bayar bil atas talian,bila-bila masa. Percuma,mudah dan selamat.
butang bermula Log Masuk butang berakhir
garis baru
 
  Jumaat, 29 Mac 2024 
PayBillsMalaysia
 
Soalan-soalan Yang Sering Ditanya
 

Untuk mencetak salinan Soalan-soalan Yang Sering Ditanya, klik print


Kami berharap anda mendapat jawapan-jawapan untuk soalan-soalan di bawah. Untuk memudahkan anda, soalan-soalan telah dikelompokkan mengikut kategori. Sekiranya anda masih ada soalan-soalan, sila hubungi kami melalui Borang Maklumbalas Atas Talian atau hubungi talian bantuan kami pada 1-300-88-7722.

PaymentGalaxy and PayBillsMalaysia
PaymentGalaxy® adalah tanda dagangan kami yang berdaftar untuk Enjin Paparan Bil Electronik dan Pembayaran. Enjin ini telah dinaiktarafkan sepanjang tahun untuk menambah pelbagai fungsi, pematuhan dan standard. PayBillsMalaysia adalah salah satu daripada pelbagai perkhidmatan pembayaran yang menggunakan enjin ini.

Nama PaymentGalaxy® akan dipaparkan di Portal Pembayaran Bil kami. Slogan "dikuasakan oleh PaymentGalaxy®" akan diletakkan di sebelah logo PayBillsMalaysia.

Perkhidmatan kami boleh dicapai melalui :


Umum
 
  1. Apakah kemudahan yang diperolehi dengan menggunakan PayBillsMalaysia? 
  2. Bagaimana caranya untuk saya mendaftar bagi menggunakan perkhidmatan ini? 
  3. Bagaimana caranya untuk saya melanggan dengan pengebil? 
  4. Bagaimana caranya untuk menukar kata laluan atau mengemaskini maklumat peribadi? 
  5. Saya telah lupa kata laluan dan/atau Nama Pengguna. Bagaimana caranya untuk mendapatkannya kembali? 
  6. Bagaimana perkhidmatan ini dijalankan? 
  7. Berapakah bayaran yang dikenakan? 
  8. Siapakah yang layak mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini? 
  9. Apakah yang membezakan perkhidmatan ini dengan perbankan atas talian? 
  10. Bagaimana jika saya menghadapi masalah menggunakan PayBillsMalaysia? 
  11. Bagaimana jika saya sedang merantau dan tidak ada akses kepada komputer di rumah/pejabat? 
  12. Bagaimana caranya untuk memantau bil-bil yang telah dilanggan? 
  13. Bagaimana caranya untuk berhenti melanggan? 
  14. Cara-cara untuk mematikan pop-up blocker? 
  15. Bagaimana untuk menyatukan akaun- akaun PayBillsMalaysia? 
  16. Apakah Sarawak ID? 

  17.  
Bil-bil
 
  1. Bil-bil mana yang boleh dibayar? 
  2. Bagaimana untuk saya melihat bil-bil? 
  3. Dapatkah saya melihat bil sebenar secara atas talian? Dapatkah saya mencetak bil-bil itu? 
  4. Bagaimana jika saya ada kemusykilan dengan pengebil atau jumlah amaun yang terdapat pada penyata? 
  5. Berapa cepat saya dapat melihat bil setelah melanggan? 
  6. Saya telah menerima salinan cetak bil KWB tetapi bil itu tidak terdapat di PayBillsMalaysia. Kenapa? 

  7.  
Membuat Pembayaran
 
  1. Bagaimana caranya saya membuat pembayaran bil? 
  2. Bila pembayaran dapat saya lakukan setelah melanggan pengebil yang berkenaan? 
  3. Bagaimana cara sebenar PayBillsMalaysia membayar bil saya? 
  4. Berapa lama tempoh untuk suatu bil dibayar? 
  5. Adakah saya dapat melihat dan mencetak transaksi pembayaran yang lalu? 
  6. Kenapa pembayaran atas talian saya tidak dipaparkan pada bil terkini? 
  7. Kenapakah pembayaran yang dibuat di kaunter pejabat pos atau kaunter-kaunter lain masih memaparkan sebagai belum berbayar di dalam akaun PayBillsMalaysia ? 
  8. Bolehkah saya melakukan pembayaran pelbagai bil secara serentak? 
  9. Bolehkah saya membayar untuk pihak lain? Bagaimana? 
  10. Bagaimana saya dapat membuat pembayaran menggunakan Internet pada akaun bank? 
  11. Kotak tingkap pada bank tidak dipaparkan. Kenapa dan apa yang patut saya lakukan? 
  12. Apa yang saya lakukan jika saya tidak menamatkan proses pembayaran pada kotak tingkap bank? 
  13. Saya mengalami masalah dengan Perbankan Internet. Apa patut saya buat? 
  14. Saya tidak menerima SMS Kod Keselamatan untuk transaksi Perbankan Internet. Apa yang patut saya lakukan? 
  15. Bolehkah saya membuat pembayaran pendahuluan / lebih bayaran? 
  16. Apakah Pembayaran Terbuka? 
  17. Terdapat pembayaran berulang pada akaun bank / penyata kad kredit. Apa patut saya lakukan? 
  18. Bagaimana jika saya mempunyai pertanyaan atau mempertikaikan pembayaran yang telah dibuat? 
  19. Apakah pilihan yang ada sekiranya saya ingin membuat semakan atau mengemukakan pertikaian ie Alternatif Penyelesaian Sengketa (APS)? 
  20. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk Alternatif Penyelesaian Sengketa (APS)? 
  21. Bolehkah saya membayar bil tertunggak? 

  22.  
Isu-isu Keselamatan
 
  1. Berapa selamatkah PayBillsMalaysia? 
  2. Apakah Polisi Privasi untuk PayBillsMalaysia? 
  3. Siapakah yang dapat mengakses dan melihat butiran akaun saya? 
 
Jawapan-jawapan
 
Umun
 
G1. Apakah kemudahan yang diperolehi dengan menggunakan PayBillsMalaysia?[ Atas ]

PayBillsMalaysia dapat membawa kepada pengalaman baru yang memudahkan urusan anda. Antara kelebihannya termasuk: 
  • Menerima bil secara atas talian
  • Kesemua bil belum berbayar disatukan dalam satu muka.
  • Kemudahan membayar bil untuk diri sendiri dan untuk orang lain menggunakan pelbagai akaun perbankan Internet.
  • Tidak perlu bersusah untuk beratur atau mencari tempat letak kereta seperti yang berlaku jika membayar bil secara tradisional.

G2. Bagaimana caranya untuk saya mendaftar bagi menggunakan perkhidmatan ini? [ Atas ]

  • Klik pada "Daftar".
  • Pilih Jenis Akaun Sarawak ID. Kemudian lengkapkan proses pendaftaran atas talian.
  • Anda akan menerima pemberitahuan melalui emel untuk pengesahan akaun Sarawak ID. Klik pautan pengaktifan untuk mengaktifkan Sarawak ID anda.

G3. Bagaimana caranya untuk saya melanggan dengan pengebil? [ Atas ]

  • Log masuk pada laman web menggunakan Nama Pengguna dan Katalaluan
  • Klik pada Pengebil-Pengebil di bawah Langganan Perkhidmatan.
  • Pilih dan langgan bil-bil daripada senarai pengebil-pengebil.
  • Masukkan maklumat yang diperlukan, contohnya Nombor Konsumer atau Nama Konsumer seperti yang tertera pada bil (anda boleh melanggan pelbagai bil).

G4. Bagaimana caranya untuk menukar kata laluan atau mengemaskini maklumat peribadi? [ Atas ]

G5. Saya telah lupa kata laluan dan/atau Nama Pengguna. Bagaimana caranya untuk mendapatkannya kembali? [ Atas ]

  • Klik pada pautan "Terlupa Sarawak ID atau Kata Laluan?".
  • Anda akan diarahkan ke laman "Pemulihan akaun Sarawak ID". Pilih pilihan yang berkaitan dan masukkan maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan kata laluan atau nama pengguna anda.

G6. Bagaimana perkhidmatan ini dijalankan? [ Atas ]

  • PayBillsMalaysia bertindak sebagai perantara di antara anda, bank anda dan pengebil-pengebil anda.

G7. Berapakah bayaran yang dikenakan? [ Atas ]

  • Pembayaran untuk Yayasan Sarawak dan Pinjaman Pendidikan PSC anda dikenakan caj RM0.50, yang lain-lain adalah PERCUMA!

G8. Siapakah yang layak mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini? [ Atas ]

  • Sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke atas. Mendaftar dengan kami sekarang dan mula buat bayaran melalui PayBillsMalaysia

G9. Apakah yang membezakan perkhidmatan ini dengan perbankan atas talian? [ Atas ]

  • PayBillsMalaysia membenarkan anda melihat terlebih dahulu paparan bil dan keterangan pada bil sebelum membuat pembayaran. Ini akan mengurangkan kesilapan dan pembetulan. Anda dapat membuat pembayaran berbagai-bagai bil dan membuat pembayaran melalui pelbagai bank dan menggunakan berbagai kad kredit.

G10. Bagaimana jika saya menghadapi masalah menggunakan PayBillsMalaysia? [ Atas ]

  • Kami berusaha agar perkhidmatan kami mesra pengguna dengan sebaik mungkin.
  • Anda boleh merujuk kepada laman FAQ atau mengklik pada i sesetengah laman yang berkenaan.
  • Jika anda masih mempunyai kemusykilan, anda boleh

G11. Bagaimana jika saya sedang merantau dan tidak ada akses kepada komputer di rumah/pejabat? [ Atas ]

Salah satu fitur yang ada pada PayBillsMalaysia adalah anda boleh melihat dan membayar bil tak kira di mana anda berada. Apa yang diperlukan hanyalah akses kepada Internet walau anda berada di tempat lain.

G12. Bagaimana caranya untuk memantau bil-bil yang telah dilanggan? [ Atas ]

  • Anda dapat melihat bil yang telah dilanggan di submenu "Aktif" di bawah menu "Langganan Perkhidmatan".

G13. Bagaimana caranya untuk berhenti melanggan? [ Atas ]

  • Pergi ke submenu "Aktif" di bawah menu "Langganan Perkhidmatan"
  • Tanda di kotak pengebil mana yang anda ingin hentikan langganan
  • Klik "Hantar".

G14. Cara-cara untuk mematikan pop-up blocker? [ Atas ]

G15. Bagaimana untuk menyatukan akaun- akaun PayBillsMalaysia? [ Atas ]

  • Sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu akaun PayBillsMalaysia , anda perlu menyatukan akaun PayBillsMalaysia pada 1 September 2019.
  • Cara-cara:
    • Anda perlu memilih satu akaun PayBillsMalaysia untuk menyatukan semua bil langganan anda ke dalam satu akaun. Anda mungkin perlu melanggan semula beberapa bil dalam akaun yang dipilih.
    • Bil taksiran hanya boleh dilanggan di bawah satu akaun. Oleh itu, anda perlu menghentikan langganan bil dari akaun semasa, kemudian melanggan semula bil di akaun yang dipilih selepas dua hari bekerja.
    • Harap maklum bahawa akaun PayBillsMalaysia yang tidak dihubungkan dengan akaun Sarawak ID tidak akan dapat diakses pada atau selepas 2 September 2019. Oleh itu, adalah disyorkan bahawa anda mencetak dan menyimpan rekod pembayaran penting dari Rekod Pembayaran sebelum 2 September 2019.

G16. Apakah Sarawak ID? [ top ]

  • Sarawak ID ialah identiti atas talian tunggal anda yang menyediakan akses yang lebih mudah dan selamat ke perkhidmatan digital kerajaan Sarawak.
  • Hanya daftar sekali untuk mengakses pelbagai perkhidmatan atas talian yang ada dengan segera tanpa perlu mendaftar semula atau log masuk semula untuk perkhidmatan yang berbeza.
  • Maklumat lanjut boleh didapati di https://www.sarawak.gov.my/web/home/faq.
 
Bil-bil
 
B1. Bil-bil mana yang boleh dibayar? [ Atas ]

B2. Bagaimana untuk saya melihat bil-bil? [ Atas ]

  • Log masuk ke akaun anda. Anda akan melihat paparan ringkasan daripada bil-bil yang dilanggan.
  • Untuk melihat bil secara terperinci, klik pada "Nombor Rujukan Pengebil".
  • NOTA: Sila hubungi kami jika bil anda tidak dipaparkan di dalam sistem setelah menerima bil pos selepas 7 hari bekerja.

B3. Dapatkah saya melihat bil sebenar secara atas talian? Dapatkah saya mencetak bil-bil itu? [ Atas ]

  • Terdapat pengebil-pengebil yang menyertakan bil dan ada pengebil-pengebil yang tidak menyertakan secara atas talian.
  • Anda dapat melihat paparan bil dalam bentuk asalnya (bil kertas) secara digital jika bil itu daripada Pengebil dengan Bil.
  • Paparan mungkin ada sedikit berbeza. Anda dapat mencetak bil dengan mengklik pada butang "Cetak".

B4. Bagaimana jika saya ada kemusykilan dengan pengebil atau jumlah amaun yang terdapat pada penyata? [ Atas ]

  • Sila hubungi agensi yang mengebil.

B5. Berapa cepat saya dapat melihat bil setelah melanggan? [ Atas ]

  • Anda sepatutnya dapat melihat bil itu dalam tempoh beberapa minits hingga 3 hari bekerja (bergantung kepada pengebil) setelah anda berjaya melanggannya daripada pengebil.
  • Jika pengebil belum menghantar sebarang bil, tiada bil yang dapat dipaparkan.

B6. Saya telah menerima salinan cetak bil KWB tetapi bil itu tidak terdapat di PayBillsMalaysia. Kenapa? [ Atas ]

  • Sila hubungi kami jika bil anda tidak dipaparkan secara atas talian setelah 7 hari menerima bila cetakan.
  • Hanya bil daripada KWB dengan bacaan sebenar (cetakan atas kertas termal oleh pengimbas) boleh diperolehi dari system kami. Bacaan anggaran daripada KWB tidak diperolehi dari system kami.
 
Membuat Pembayaran
 
P1. Bagaimana caranya saya membuat pembayaran bil? [ Atas ]
  • Log masuk ke PayBillsMalaysia.
  • Pilih bil yang anda hendak bayar.
  • Pilih Saluran Pembayaran yang anda hendak guna dan klik Bayar.
  • Pada skrin yang berikutnya anda dapat mengesahkan atau menukar amaun yang hendak dibayar.
  • Laman Pengesahan Pembayaran akan dipaparkan dan anda perlu menamatkan proses validasi/memberi kebenaran untuk pembayaran.

P2. Bila pembayaran dapat saya lakukan setelah melanggan pengebil yang berkenaan? [ Atas ]

  • Untuk "Pengebil Dengan Bil"
    • Sistem akan memaparkan bil tertunggak pada laman "Pembayaran Bil" sebelum anda dapat membuat pembayaran.
    • Anda dapat memperolehi bil dalam tempoh dari beberapa minits sehingga 3 hari bekerja (bergantung kepada Pengebil) setelah anda melanggan kepada pengebil.
    • Bil-bil akan disediakan oleh PayBillsMalaysia mengikut kitaran bil pengebil.

  • Untuk "Pengebil Tanpa Bil"
    • Pengebil-pengebil seperti Telekom, Yayasan Sarawak tidak menyediakan maklumat bil untuk PayBillsMalaysia. Anda boleh membuat pembayaran bila-bila masa setelah langganan pengebil dibuat.

P3. Bagaimana cara sebenar PayBillsMalaysia membayar bil saya? [ Atas ]

  • PayBillsMalaysia bertindak sebagai perantara di antara anda dan pengebil. Arahan pembayaran oleh anda akan dilaksanakan oleh bank samada dengan mendebit atau mengkreditkan akaun pembayaran, atau melaksanakan pindahan dana dari akaun kad kredit anda.
  • PayBillsMalaysia telah mempunyai perjanjian kontrak dengan pengebil-pengebil untuk menyelesaikan urusan bil.

P4. Berapa lama tempoh untuk suatu bil dibayar? [ Atas ]

  • Ini bergantung kepada jumlah simpanan sedia ada di dalam akaun anda. Bil anda hanya akan dibayar apabila bank meluluskan pembayaran tersebut. Ini biasanya berlaku pada hari yang sama dengan pembayaran dibuat.

P5. Adakah saya dapat melihat dan mencetak transaksi pembayaran yang lalu? [ Atas ]

  • Anda dapat melihat transaksi pembayaran yang lampau di bawah "Rekod Pembayaran" selepas anda log masuk ke akaun PayBillsMalaysia. Laman tersebut akan memaparkan semua transaksi permbayaran yang berjaya dan tidak berjaya.
  • Rekod pembayaran lampau untuk tempoh 12 bulan akan disimpan. Anda dapat mencetak rekod tersebut dengan mengklik pada butang "Cetak".
  • Selain itu, emel juga akan dihantar pada semua transaksi yang dibuat oleh pengguna dan ini boleh juga dibuat untuk menyemak rekod-rekod pembayaran pada masa lalu.

P6. Kenapa pembayaran atas talian saya tidak dipaparkan pada bil terkini? [ Atas ]

  • Ini berlaku apabila pengebil telah memproses bil anda yang terkini sebelum rekod pembayaran dikemaskini di dalam sistem. Maka pembayaran tersebut akan dipaparkan pada bil yang seterusnya.
  • Pengemaskinian daripada pengebil bagi pembayaran yang berjaya dilakukan adalah berbeza di antara pengebil-pengebil. Sesetengahnya mengambil masa sehingga 3 hari bekerja.

P7. Kenapakah pembayaran yang dibuat di kaunter pejabat pos atau kaunter-kaunter lain masih memaparkan sebagai belum berbayar di dalam akaun PayBillsMalaysia? [ Atas ]

  • Pengkalan data PayBillsMalaysia tidak dihubungkan kepada sistem maklumat pelanggan pengebil-pengebil. Maka, pembayaran masih dipaparkan sebagai tertunggak di dalam akaun PayBillsMalaysia.
  • Pembayaran anda akan dipaparkan di dalam bil pada bulan berikutnya apabila pengebil membekalkan bil yang baru.
  • Sila berhubung dengan perkhidmatan pelanggan pengebil yang berkenaan untuk mendapatkan baki yang terkini.

P8. Bolehkah saya melakukan pembayaran pelbagai bil secara serentak? [ Atas ]

Buat masa ini pengguna boleh membayar sehingga 9 bil dalam satu masa untuk saluran pembayaran tertentu.

P9. Bolehkah saya membayar untuk pihak lain? Bagaimana? [ Atas ]

  • Ya, anda dapat membayar bil untuk orang lain.
  • Langganan bil untuk orang lain dibuat dengan memasukkan Nombor Konsumer dan / atau nama (seperti yang terdapat pada bil) bergantung kepada pengebil-pengebil.
  • Apabila terdapat bil yang tertunggak maka pembayaran bil dapat dilakukan.

P10. Bagaimana saya dapat membuat pembayaran menggunakan Internet pada akaun bank? [ Atas ]

  • Anda mestilah pengguna Bank yang berdaftar
  • Pilih bil yang hendak dibayar pada muka muka "Bayar Bil Saya"
  • Pilih akaun bank pada menu "Saluran Pembayaran".
  • Klik butang "Bayar". (Anda dapat mengubah jumlah yang hendak dibayar pada laman muka seterusnya).
  • Anda akan dibawa ke kotak tingkap bank di mana anda dikehendaki untuk log masuk secara berasingan ke akaun perbankan Internet bank berkenaan.
  • Pembayaran adalah lengkap apabila anda membuat pembayaran pada laman bank berkenaan setelah mesej memaklumi pembayaran telah diproses dipaparkan.
  • NOTA:
    • Pebayaran tidak dibuat jika anda, samada (a) tidak log masuk ke kotak tingkap bank ATAU (b) menutup kotak tingkap semasa proses pembayaran dilakukan ATAU (c) tidak menamatkan proses pembayaran pada laman bank berkenaan.
    • Anda akan menerima 2 emel daripada PayBillsMalaysia untuk setiap proses pembayaran
      • Penerimaan Pembayaran
      • Pengesahan Pembayaran : Diluluskan, Ditolak atau Dibatalkan

P11. Kotak tingkap pada bank tidak dipaparkan. Kenapa dan apa yang patut saya lakukan? [ Atas ]

  • Kotak tingkap tidak dipaparkan kerana tetapan pada pelayar (Internet Explorer, FireFox, Chrome, Safari etc) pada komputer anda. Semak tetapan dan pastikan anda membenarkan kotak tingkap dipaparkan dan bukan menghalang paparan tersebut. Transaksi pembayaran yang tidak dapat disempurnakan akan terbatal menjelang tengahari pada hari berikutnya.

P12. Apa yang saya lakukan jika saya tidak menamatkan proses pembayaran pada kotak tingkap bank? [ Atas ]

  • Pembayaran yang tidak lengkap akan dikemaskini dalam tempoh satu jam. Walau bagaimanapun, semua pembayaran yang tertangguh akan dikemaskini pada tengahhari hari bekerja yang berikutnya, setelah sistem memproses Laporan Akhir yang dihantar oleh bank.

P13. Saya mengalami masalah dengan Perbankan Internet. Apa patut saya buat? [ Atas ]

Anda perlu menyemak dengan bank untuk mengatasi masalah ini.

P14. Saya tidak menerima SMS Kod Keselamatan untuk transaksi Perbankan Internet. Apa yang patut saya lakukan? [ Atas ]

SMS tersebut adalah dihantar oleh sistem bank dan bukan PayBillsMalaysia. Jika pembayaran tidak dapat dilengkapkan pada tertingkap bank, transaksi ini akan dikemaskini dalam tempoh satu jam. Transaksi pembayaran akan dibatalkan pada tengahari hari bekerja yang berikutnya. Oleh itu, anda boleh mencuba pembayaran selepas ini.

P15. Bolehkah saya membuat pembayaran pendahuluan / lebih bayaran? [ Atas ]

  • Ia bergantung kepada terma dan syarat daripada pengebil berkenaan.
  • Bayaran hendaklah berdasarkan kepada 'Amaun Tempoh Matang' atau 'Amaun Hendak Dibayar' atau 'sebarang jumlah melebihi Amaun Hendak Dibayar'.
  • Secara penetapan 'Amaun Hendak Dibayar' sama dengan amaun yang perlu dibayar.

P16. Apakah Pembayaran Terbuka? [ Atas ]

  • Pembayaran Terbuka adalah fungsi untuk membenarkan bil dibayar tanpa perlu untuk melanggan. Pengguna hanya perlu memasukkan maklumat setiap kali mereka menggunakan Pembayaran Terbuka. Fungsi ini tidak merangkumi setiap bil (contohnya Bil Taksiran masih perlu untuk dilanggan sebelum pengguna dapat membuat pembayaran).

P17. Terdapat pembayaran berulang pada akaun bank / penyata kad kredit. Apa patut saya lakukan? [ Atas ]

  • Anda berkemungkinan memberi kebenaran atau pembayaran sebayak 2 kali.
  • Sile berhubung dengan kami supaya kami boleh menangani perkara ini :

P18. Bagaimana jika saya mempunyai pertanyaan atau mempertikaikan pembayaran yang telah dibuat? [ Atas ]

  • Sila berhubung dengan pihak kami untuk mendapatkan penjelasan
  • Kami boleh dihubungi dengan menghubungi Khidmat Pelanggan di nombor 1-300-88-7722 atau melalui Borang Maklumbalas Atas Talian

P19. Apakah pilihan yang ada sekiranya saya ingin membuat semakan atau mengemukakan pertikaian ie Alternatif Penyelesaian Sengketa (APS)? [ Atas ]

  • Ya, sebagai tambahan anda boleh mengemukakannya melalui satu kaedah atau lebih daripada yang berikut :
    1. Hubungi Bank untuk semakan
    2. Membuat laporan dengan pengebil berkenaan
    3. Untuk bil-bil daripada Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran, semakan boleh dibuat melalui Perkhidmatan Talikhidmat (http://talikhidmat.sarawak.gov.my/)

P20. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk Alternatif Penyelesaian Sengketa (APS)? [ Atas ]

  • PayBillsMalaysia tidak mengenakan sebarang bayaran untuk semakan yang melibatkan percanggahan.
  • Sila buat pengesahan dengan Bank dan Pengebil adakah terdapat sebarang bayaran dikenakan.

P21. Bolehkah saya membayar bil tertunggak? [ Atas ]

  • Pengebil yang berbeza mempunyai berbagai garis panduan mengenai perkara ini. Keseluruhannya bil tertunggak boleh dibayar di PayBillsMalaysia. Bagi Bil Taksiran, bil baru dengan sub-caj akan dikeluarkan untuk tujuan pembayaran.
 
Isu-isu keselamatan
 
C1. Berapa selamatkah PayBillsMalaysia? [ Atas ]
  • Kami mengambil langkah meluas untuk memastikan semua transaksi adalah selamat dan dilindungi. PayBillsMalaysia dilindungi oleh protocol keselamatan 128-bit Secure Sockets Layer (SSL).

C2. Apakah Polisi Privasi untuk PayBillsMalaysia?  [ Atas ]

C3. Siapakah yang dapat mengakses dan melihat butiran akaun saya? [ Atas ]

  • Anda dan sesiapa yang mempunyai akses kepada nama pengguna dan kata laluan.
    Nota : Bantuan Sokongan dan dan Khidmat Pelanggan PayBillsMalaysia tidak akan menanyakan kata laluan anda.

Tarikh Akhir Dikemaskini: 27hb Apr 2020
garis mendatar